Monday, May 25, 2015

Sunday, November 18, 2012

Terima kasih orang Islam Malaysia...



Kata orang, jika sudah berselindung di sebalik tabir bersekongkol dengan kejahatan pastinya ia akan dibalas dengan balasan setimpal yang tidak pernah kita duga!

Walaupun diwar-warkan dengan gimik pemberian burger percuma sebanyak 200 ribu biji esok semasa sarapan, ternyata sambutan boikot yang dilakukan secara meluas di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter mula menampakkan kesan positif,


Tinjauan pengguna dan pemerhati ke beberapa buah cawangan rangkaian McDonalds dan Starbucks Coffee di Lembah Klang mendapati kaunter dibuka seperti biasa tetapi jumlah pengunjung terutama orang Islam merosot teruk dengan ketara.

Gambar-gambar yang diambli petang tadi jelas membuktikan bahawa kempen boikot yang dijalankan ekoran serangan ketenteraan tentera rejim Israel laknatullah ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sungguh menggalakkan.

Beberapa pengunjung yang ditemui rata-rata mengetahui kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan memberitahu mereka akan meneruskannya jika tiada sebarang penjelasan kukuh diberikan pihak pengurusan rangkaian makanan segera itu ke manakah bayaran francais tahunan yang dibayar untuk terus menggunakan label produk mereka disalurkan.


Tidak cukup dengan itu, pengurusan mereka juga gagal menjelaskan bagaimana hubungan antara francais rangkaian di Malaysia tidak berkait dengan pemilik asal francais di Amerika Syarikat yang diketahui antara penyalur utama kepada pembunuhan rakyat Palestin yang kini sudah mencecah lebih 50 orang sejak serangan tentera rejim dilancarkan lima hari lalu.

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada umat Islam yang memboikot sumber utama Yahudi membunuh saudara seagama kita sendiri dan sebarkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahuinya.

Teruskan berdoa moga Palestin diberi kekuatan tambahan ke atas usaha kecil kita ini, ameenn. 

Friday, September 7, 2012



Yang paling penting, tunjukkan contoh tauladan yang baik. Tu pun dah cukup, kita kena tunjukkan yang kita mesra, peramah, datang situ nak bantu mereka dan jangan pula tunjuk geli ke tak suka ke, contohnya la. Teknik dakwah yang paling berkesan ialah qudwah hasanah kan? Cakap banyak pun tak guna kalau kita tak buat, jadi..perilaku dan perbuatan kita tu je dah dapat menunjukkan keindahan Islam tu sendiri. 

Kalau nak start komunikasi dengan mereka, paling simple..tanya khabar. Mudah je kan, dengan tanya khabar je boleh menyebabkan kita jadi rapat dengan mereka. Dengan tanya khabar pun boleh menyebabkan kita cerita sampai ke bab-bab yang lain..macam kita berborak biasa-biasa tu la kan. Mula-mula tanya khabar lepas tu tanya itu, tanya ini. Tanya khabar tu sebagai pencetus nak memulakan bicara je sebenarnya :')

Bila dah bercerita macam-macam, kita boleh juga mula cerita tentang agama. Tapi, kita kena tengok dulu reaksi dia. Kalau ok, kita boleh tanya soalan mudah je. Contohnya tanya dia macam ni "Apa pendapat makcik tentang Islam?.." Kita nak tau pandangan dia terhadap Islam sama ada suka ke tak suka ke. 

Kalau respon dia positif, contohnya dia tunjuk minat nak tau lebih tentang Islam, kita boleh terangkan dia yang Islam ni mudah, Islam agama untuk semua orang bukan bangsa Melayu je, Islam adil. Bagi la contoh dan cerita-cerita sikit ke.

Kalau respon dia negatif, kita tanya kenapa dia berpendapat macam tu dengan nada yang betul-betul nak tahu dan lemah lembut. Lepas dia dah bagi sebab, kita boleh jelaskan dengan mudah dekat dia. Kita bagitau, dalam ajaran Islam, ada sebuah kitab iaitu Al-Quran. Orang Islam ada dua kategori, satu ikut kitab dan satu lagi tak ikut kitab. Orang Islam yang jahat seperti mencuri, merogol, dan lain-lain ( kalau boleh ambil contoh yang dia sebut tu ) mereka orang yang tak ikut kitab atau ajaran Islam. Dalam Islam, kalau buat perkara macam tu dikira berdosa. Mereka tu hanya Islam pada nama dan i.c je. Kalau yang ikut kitab atau ajaran Islam, mereka tak kan buat macam tu sebab ia dibenci Tuhan (Allah).

Tu yang paling mudah nak jawab, kita kena terangkan dan ubah persepsi mereka tentang Islam. Kita kena pertahankan Islam dan bukan pertahankan orang Islam. Islam dan Muslim adalah dua perkara yang sangat-sangat berbeza. Macam saya pernah cakap dulu, Islam itu indah tapi umat Islam tu sendiri yang tak menunjukkan keindahannya sehingga penganut agama lain or mereka yang tidak beragama tak nampak keindahan yang ada dalam Islam.

Lepas tu, kalau mereka nak lagi penjelasan lanjut dari kita tentang Islam..kita boleh terangkan dengan bahasa yang mudah. Kitab sampaikan Islam menggunakan logik akal sahaja, tak perlu kepada ayat Al-Quran atau pun hadith Nabi. Aspek yang perlu kita tekankan dulu ialah jelaskan keindahan-keindahan Islam, betulkan persepsi salah mereka. Analogi seperti "gelas yang kotor perlu dibasuh sebelum dituang air bersih ke dalamnya" . Bila mereka dah tak salah tanggap terhadap Islam, barulah mudah untuk kita menyampaikan ajaran Islam itu sendiri. 

Kita tekan kan dulu konsep akidah tauhid dan jangan terus kepada hukum hakam, pahala dosa, larangan suruhan. Bukan itu tak penting, tapi..yang paling penting ialah tauhid atau akidah. Jika akidah telah terpasak dan kukuh di dalam hati, InsyaAllah segala apa yang Allah suruh..akan mudah diikuti

Saturday, August 25, 2012

Beritahu mereka...

Orang-orang non muslim kadang-kadang dah dapat aqidah, contoh : mereka tahu ada satu sahaja Tuhan. Dan mereka sedar Tuhan tidak beranak dan tidak memperanakkan. Kalau semua pembaca sudah berjaya sudah menghampirkan mereka dengan Islam malah mungkin sudahpun islam maka, biarkan perlahan-lahan dan beritahu mereka jangan pelik walaupun :

1. Mereka tidak tahu bahasa Arab
2. Tidak tutup aurat
3. Masih makan babi
4. Nama masih lagi cina atau india

Ini kerana perkara tersebut akan diusahakan selepas ini (melalui konsep tadarruj), yang pasti dalam hati mereka sudah pun mempercayai bahawa Tuhan itu satu. Dan teruskan hidup seperti biasa.

Bagi mereka yang berkawan dengan ahli perniagaan selalukan menyebut, "Semoga Allah beri rahmat dengan bisnes awak"

Kita kena tahu Cina masi lagi percaya Melayu ini ada akhlak yang mulia. Jadi jangan hilangkan kepercayaan tersebut.

Tuesday, August 14, 2012

Sunnah Raya yang ditinggalkan...

Malam raya mulakan bertakbir selepas Solat Maghrib.

Pagi raya jangan lupa SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH. INI BANYAK ORANG TINGGAL.

Mandi Sunat Aidil fitri.

Pakai minyak wangi. Baju terbaik...BIASANYA ANAK-ANAK BAJU BARU, TAPI BAPA-BAPA JANGAN LUPA PAKAI BAJU TERBAIK. INI SUNNAH YANG SELALU KITA TINGGAL.

Makan dulu ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, baru pergi ke masjid.

Pergi masjid solat raya. Wanita pun ikut. Jangan terperap je kat rumah kecuali nak siap makanan.

Pergi jalan lain, balik ikut jalan yang lain supaya dapat jumpa ramai orang Islam lain dan tunjuk syiar kita.

Kalau jumpa orang sebut TaqabbalLahu minna wa minkum...Semoga Allah terima amalan kita semua.

YANG PALING PENTING!!! JANGAN MENANGIS SEBAB INI HARI ORANG BERGEMBIRA.

Sunday, August 12, 2012

Mulakan...



Bagi mereka yang sudah mempunyai kawan rapat dengan orang bukan Islam, pastikan anda

1. Betulkan niat. Ikhlas kerana Allah.
2. Sudah mengetahui banyak latar belakang kawan anda.

Sebenarnya apa yang saya kongsikan di sini adalah perbincangan yang dibuat bersama Xifu Naser yang merupakan salah seorang pembentang (bahagian dakwah) Konvensyen Fiqh 2012.

Kita tidak perlu mengajak kawan non muslim kita untuk ke pejabat agama dan menukar agama serta merta. Cuba pada hari ini kita lontarkan beberapa persoalan yang boleh menyebabkan dia tertanya-tanya. Apa yang penting jangan jadikan perbincangan menjadi perdebatan tetapi sekadar bentuk persoalan.

Antara soalan yang boleh ditanya, kita rujuk maksud dalam surah al-ikhlas :

1. Tanya adakah Tuhan mereka ada banyak. Jika banyak, bagaimana urusan dalam membuat keputusan.
2. Adakah Tuhan mereka ada anak dan bapa. kalau ada siapa bapa dan anak Tuhan itu. Kemudian tanya siapa pula bapa kepada bapa Tuhan.

Cukup untuk peringkat pertama. Selepas ini kita kan sambung lagi. Kita bukan mengharapkan perubahan serta merta. Dalam dakwah ada konsep tadarruj iaitu berperingkat seperti mana dalam pengharaman arak. Apa yang kita harap adalah bukanlah kawan kita terus memakai tudung atau memakai jubah, tetapi DALAM HATINYA SUDAH ADA KEPERCAYAAN BAHAWA TUHAN ITU SATU!

Sunday, January 30, 2011

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]

http://www.mediafire.com/?a3dxt2s8e68a9z5

Selamat menyambut Ramadhan..


Wednesday, October 7, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...para peminat boleh mendapatkan maklumat tentang imam muda Faris melalui blog ini...