Friday, September 7, 2012



Yang paling penting, tunjukkan contoh tauladan yang baik. Tu pun dah cukup, kita kena tunjukkan yang kita mesra, peramah, datang situ nak bantu mereka dan jangan pula tunjuk geli ke tak suka ke, contohnya la. Teknik dakwah yang paling berkesan ialah qudwah hasanah kan? Cakap banyak pun tak guna kalau kita tak buat, jadi..perilaku dan perbuatan kita tu je dah dapat menunjukkan keindahan Islam tu sendiri. 

Kalau nak start komunikasi dengan mereka, paling simple..tanya khabar. Mudah je kan, dengan tanya khabar je boleh menyebabkan kita jadi rapat dengan mereka. Dengan tanya khabar pun boleh menyebabkan kita cerita sampai ke bab-bab yang lain..macam kita berborak biasa-biasa tu la kan. Mula-mula tanya khabar lepas tu tanya itu, tanya ini. Tanya khabar tu sebagai pencetus nak memulakan bicara je sebenarnya :')

Bila dah bercerita macam-macam, kita boleh juga mula cerita tentang agama. Tapi, kita kena tengok dulu reaksi dia. Kalau ok, kita boleh tanya soalan mudah je. Contohnya tanya dia macam ni "Apa pendapat makcik tentang Islam?.." Kita nak tau pandangan dia terhadap Islam sama ada suka ke tak suka ke. 

Kalau respon dia positif, contohnya dia tunjuk minat nak tau lebih tentang Islam, kita boleh terangkan dia yang Islam ni mudah, Islam agama untuk semua orang bukan bangsa Melayu je, Islam adil. Bagi la contoh dan cerita-cerita sikit ke.

Kalau respon dia negatif, kita tanya kenapa dia berpendapat macam tu dengan nada yang betul-betul nak tahu dan lemah lembut. Lepas dia dah bagi sebab, kita boleh jelaskan dengan mudah dekat dia. Kita bagitau, dalam ajaran Islam, ada sebuah kitab iaitu Al-Quran. Orang Islam ada dua kategori, satu ikut kitab dan satu lagi tak ikut kitab. Orang Islam yang jahat seperti mencuri, merogol, dan lain-lain ( kalau boleh ambil contoh yang dia sebut tu ) mereka orang yang tak ikut kitab atau ajaran Islam. Dalam Islam, kalau buat perkara macam tu dikira berdosa. Mereka tu hanya Islam pada nama dan i.c je. Kalau yang ikut kitab atau ajaran Islam, mereka tak kan buat macam tu sebab ia dibenci Tuhan (Allah).

Tu yang paling mudah nak jawab, kita kena terangkan dan ubah persepsi mereka tentang Islam. Kita kena pertahankan Islam dan bukan pertahankan orang Islam. Islam dan Muslim adalah dua perkara yang sangat-sangat berbeza. Macam saya pernah cakap dulu, Islam itu indah tapi umat Islam tu sendiri yang tak menunjukkan keindahannya sehingga penganut agama lain or mereka yang tidak beragama tak nampak keindahan yang ada dalam Islam.

Lepas tu, kalau mereka nak lagi penjelasan lanjut dari kita tentang Islam..kita boleh terangkan dengan bahasa yang mudah. Kitab sampaikan Islam menggunakan logik akal sahaja, tak perlu kepada ayat Al-Quran atau pun hadith Nabi. Aspek yang perlu kita tekankan dulu ialah jelaskan keindahan-keindahan Islam, betulkan persepsi salah mereka. Analogi seperti "gelas yang kotor perlu dibasuh sebelum dituang air bersih ke dalamnya" . Bila mereka dah tak salah tanggap terhadap Islam, barulah mudah untuk kita menyampaikan ajaran Islam itu sendiri. 

Kita tekan kan dulu konsep akidah tauhid dan jangan terus kepada hukum hakam, pahala dosa, larangan suruhan. Bukan itu tak penting, tapi..yang paling penting ialah tauhid atau akidah. Jika akidah telah terpasak dan kukuh di dalam hati, InsyaAllah segala apa yang Allah suruh..akan mudah diikuti